Dec 31, 2008

Since You've Asked..

Sabrina, kenapa la kamu inginkan lemak berlebihan. Sangat tak baik untuk kesihatan. Sangat merugikan.

Kan rugi baju kamu dolu-dolu yang bersaiz Medium?

Kapasiti makanan dalam peti sejuk perlu ditambah.

Tilam tempat kamu beradu perlu digantikan dengan yang lebih gah.

Hendakkah kamu ketinggalan di belakang tika merentas desa?

Bila lift rosak, tidakkah beban bagi kamu untuk memanjat tangga?


But, if you resist..
Who am i to stop you..
Here is the tips..


Mulakan hari anda dengan tidor selepas subuh. Anytime, but it must be after subuh. Lagi lambat, lagi mujarab. Ini membolehkan anda bangun paling awal pon sesudah Maghrib.

Tido di siang hari menyebabkan anda tido lebih lama daripada biasa. * Buku Sains Tingkatan Tiga.

Bangun je dari tido, otak anda belum lagi membetulkan arah tujuan dan kedudukannya. Ini dapat dijelaskan dengan beberapa simtom seperti, lenguh sendi, mata berpinar, kemalasan yang maha hebat dan yang paling penting lapar.

Seafdalnya, makan dulu sebelum ketempat kerja bagi membantu mengurangkan bekalan oksigen ke otak untuk membuatkan anda mengantuk kembali. * Biologi Tingkatan Lima.

Kaedah ini amat berkesan bagi yang bekerja di hadapan komputer yang memerlukan pergerakan yang amat minimum dan amat tidak membantu dalam perembesan haba dan pembakaran kalori untuk tenaga.

* Buku Fizik Tingkatan Empat

Seeloknya, makan pada masa rehat. Kari perlu ada dalam menu.

Termenung bukan cara terbaik untuk mengumpul lemak sebaliknya anda perlu memeras otak. Kerja yang mendambakan anda berfikir tanpa henti merupakan satu bonus.

Langkah terakhir adalah yang paling mudah. Perut hendaklah dilawas dengan beberapa makanan berminyak apabila anda pulang dari kerja. Roti canai paling mujarab.

Ulangi kembali langkah pertama tadi dan biar ia menjadi rutin. Percayalah, dalam masa sebulan anda akan merasai kesannya.

Tiada bahan kimia. Tak perlukan senaman berat.

4 comments:

Eamy said...

syabas haidarina
hahahaha

Haidar said...

bukak mate luas2 sambile sandar kat bahu~

Sabrina said...

hahhaha.

I'm gonna work hard!!!
I'm gonna gain weight this 2009!!!

p/s: the other day i cried in front of my bf because my berat turun lagi. *sad*

thank you thank you!!!

Haidar said...

u lost weight and u cry?
omg!! am i in the rite dimension or what?

btw, ur choice..hehe