Sep 28, 2008

dam dam dum bunyi mercun

Dulu aku gila benci hari Ahad. sumpah. Sangat benci. Tapi sekarang hari Ahad adalah hari aku bemesra dengan rumah, dengan tilam aku, dengan mesin basuh, dengan HBO. Sekarang aku tak mahu hari Ahad aku diganggu. Maafkan aku kerna dulu aku membencimu.

Tengah sibuk aku jadi hero dalam mimpi, Kri kejut, nak balik kampung katanya. Siap tinggal kad raya lagi untuk aku kat sebelah bantal aku. Babi!! Habis sesi perpisahan, sambung tido balik.

BOOM!!!

Sial. Anak sape la main mercun pukul 9 pagi ni. Ayam pun tak lap taik mate lagi. Malas nak bangun, aku jerit la dari dalam bilik. Budak-budak tu selamba je sambung main. Siap nanyi lagu Faizal Tahir lagi. 'Mahakaryacinta'.

Nak je aku turun sekolahkan budak-budak tu tapi memandangkan semua tahap ketinggian mereka mencapai paras pinggang aku jek, so aku malas nak kacau. Dulu aku pon macam tu. Beria benar main mercun. Siap baling masuk rumah orang lagi.

Bukak ASTRO. Mata memang kat TV tapi otak aku da melayang jauh. Yela, memandangkan tahun ni aku beraya sorang-sorang di rumah, so mula la aku memeras otak berkira-kira aktiviti aku di pagi raya.

And i've come out with a several option.

  1. Aku balik kerja pukul 6 a.m boleh la aku singgah Masjid Negara untuk sembahyang raya, (padahal tiap2 hari melintas depan Masjid Negara, tak pernah singgah pun) then balik tido.
  2. Terus balik rumah, beraya dengan mamak kat bawah flat aku (mintak maaf dengan diorang sebab menjadi mangsa melayan aku berborak tiap-tiap malam). Lepas pekena maggie goreng dengan nescafe o ais, naik atas membuta.
  3. Balik mandi, pakai wangi-wangi, kerah semua saki-baki sahabat yang senasib dengan aku @ yang beraya di ibu kota, paksa mereka keluar.
  4. Rutin biasa, balik rumah layan TV, lepas tu tido sampai senja then siap-siap nak pi kerja balik.

Rasa-rasa kamu orang, option mana paling best? Ada sapa-sapa nak tolong?


6 comments:

Sabrina said...

Kalo tima raya pagi raya first tu agak agaknya keluar pergi ke perut kota kl...terasa macam dalam I AM LEGEND tak agak agaknya??

even though ur not gonna be at kampung halaman... i wanna add one suggestion...which is.. jemput kawan kawan senasib raya kat umah di pagui raya???

=)

Haidar said...

err.. rumah x kemas la...
hahaha

LiLo said...

option no 1 tu yang terbaik!
(sejak bila aku jadi pendakwah ni?!)
i say, do what you wanna do.

tee hee!
soh raya umah aku takmo,kekwat!
bia die

Haidar said...

ala..
umah ko jauh...
huu..
nanti aku kaya aku beli umh kat kl kasi ko duduk...then raya leh ar aku p imh ko..heheh

LiLo said...

wow.statement yang berani.aku nak tgk zaman bila yg ko kaya nya
hahaha

Haidar said...

tunggu....