Dec 31, 2008

Since You've Asked..

Sabrina, kenapa la kamu inginkan lemak berlebihan. Sangat tak baik untuk kesihatan. Sangat merugikan.

Kan rugi baju kamu dolu-dolu yang bersaiz Medium?

Kapasiti makanan dalam peti sejuk perlu ditambah.

Tilam tempat kamu beradu perlu digantikan dengan yang lebih gah.

Hendakkah kamu ketinggalan di belakang tika merentas desa?

Bila lift rosak, tidakkah beban bagi kamu untuk memanjat tangga?


But, if you resist..
Who am i to stop you..
Here is the tips..


Mulakan hari anda dengan tidor selepas subuh. Anytime, but it must be after subuh. Lagi lambat, lagi mujarab. Ini membolehkan anda bangun paling awal pon sesudah Maghrib.

Tido di siang hari menyebabkan anda tido lebih lama daripada biasa. * Buku Sains Tingkatan Tiga.

Bangun je dari tido, otak anda belum lagi membetulkan arah tujuan dan kedudukannya. Ini dapat dijelaskan dengan beberapa simtom seperti, lenguh sendi, mata berpinar, kemalasan yang maha hebat dan yang paling penting lapar.

Seafdalnya, makan dulu sebelum ketempat kerja bagi membantu mengurangkan bekalan oksigen ke otak untuk membuatkan anda mengantuk kembali. * Biologi Tingkatan Lima.

Kaedah ini amat berkesan bagi yang bekerja di hadapan komputer yang memerlukan pergerakan yang amat minimum dan amat tidak membantu dalam perembesan haba dan pembakaran kalori untuk tenaga.

* Buku Fizik Tingkatan Empat

Seeloknya, makan pada masa rehat. Kari perlu ada dalam menu.

Termenung bukan cara terbaik untuk mengumpul lemak sebaliknya anda perlu memeras otak. Kerja yang mendambakan anda berfikir tanpa henti merupakan satu bonus.

Langkah terakhir adalah yang paling mudah. Perut hendaklah dilawas dengan beberapa makanan berminyak apabila anda pulang dari kerja. Roti canai paling mujarab.

Ulangi kembali langkah pertama tadi dan biar ia menjadi rutin. Percayalah, dalam masa sebulan anda akan merasai kesannya.

Tiada bahan kimia. Tak perlukan senaman berat.

Dec 21, 2008

Being 18 again.

Firstly, tahniah diucapkan kepada Nana yang selamat melangsungkan majlis perkahwinanya Sabtu lalu. Ko sangat cantik dan lauk pun sangat sedap. Rindu plak aku nak makan kenduri lagi. Duh,.

Sayang sekali aku tak bleh nak ajak ko gi meronggeng kat RTW. Ish, tak bleh blah bile aku terbayang ko join moshpit dengan baju pengantin serba kuning tu.

Walimmatulurus. (betul tak eja ni?)

Bergerak la aku ke tempat kejadian dengan perut kenyang terima kasih kepada ayam masak merah dan daging masak kurma.

Err, Secret Garden? Kat mana ni Annas? Tak penah dengaq pon?

Sebidang tanah lapang sebelah Stadium Merdeka rupanya. Secret Garden konon. Aku rase name tu di made up nak kasi nampak stylo je kot.

Lepak luar dulu, tunggu Kak Na and the geng datang bawak tiket. Macam biasa, manusia yang lalu lalang kat situ memang tak terlepas dari permerhatian aku walaupun aku rabun.

Dah macam fashion show dah. Ade yang pakai seluar paras lutut, nampak boxer hitam tompok2 berbentuk hati. Yang bertindik sampai tak nampak muka. Yang boria. Eyh, minah ni, pakai heels?

By the time aku masuk aku dah nekad, nak lepak belakang jek. Depan stage tu dah macam tempat kerbau berkubang. Tak sesuai rasenye bagi aku yang berkasut Chuck Taylor putih nak lalu lalang kat situ.

Kuatkan semangat~~

Last band yang main sebelum berhenti untuk menghormati waktu Maghrib, OAG. Lepas jek pengacara gemuk tu sebut OAG, Annas terus tarik aku ajak p depan. Lagu OAG memang berhantu beb.

RTW4, pagar depan stage roboh mase diorang main. RTW5, aku kena humban depan stage lepas gatal badan nak buat slam. Bouncer tu siap renyak baju aku sampai koyak sebab ingat aku mabuk.

Kali ni? Body slam paling lama pernah aku buat gara-gara Annas dan beberapa kaki pogo kat situ tibe2 jek angkat aku. Dah berapa banyak kepala aku sepak dan berapa banyak pipi aku tendang sebelum Annas tarik aku turun, aku pon tak ingat.

Maaf ye. Tak disengajakan.

The rest is history. Aku dapat penumbuk sebijik kt kepale, lebam kat bawah ketiak, kasut baru kaler coklat lumpur dan peluh seksi.

Dah lame tak melompat. Serius beb aku semput gila.

Nasib baik Butterfingers tak main lagu Stolen. Kalau tak aku yang parking kat tengah2 lautan pemogo berani mati mesti tersedut kedalam bulatan moshpit yang bakal menyebabkan aku dalam kesusahan sebab aku dah penat tahap gaban.

Terima kasih Fat Boy.

Dec 16, 2008

Gumok kah aku?

"Weh apsal ko gemuk nok?"
"Ko da berisi sial"
"Muka ang serius dah bulat"
"Badan ko still maintain, tapi pipi dah geleber da."

Macam peluru soalan macam tu ditujukan kat aku sekarang. Reaksi aku? Heh, mata mereka juling kot.

Aku terus berfikiran macam tu sampai la aku tengok gambaq nih. Apek ambik gambaq ni pukul 5 pagi masa smoking break. Aduih, memang muka aku dah bulat. Aku tak tau kenapa cermin kat rumah aku tu selalu tipu aku.



]Yang kat sebelah aku tu Intan. Macam mana dia boleh kekal posing model macam baru bangun pagi tu aku pon pelik. Aku dah lagi seinci nak sampai status gile. Yela. 18 jam keja mengadap pc. Boleh?



Tengok tu. Muke sekor2 dah macam kura2. Kalau anda terer mesti anda boleh nampak geleberan lemak kat bawah leher aku.

Burok siot.

AKU NAK KURUS!!!

Dec 13, 2008

The Truth About Death is You Dont Have To Say Anything

I recalled a friend once told me something I've never heard about myself before.

She said "you know what is weird about you? You are totally irresistible when you are around, but,.. You are the last thing that would came cross my mind when you were away.."

?? Don't really know was it a good thing or one way another but i take it as her wild assumption that time. As time goes by, as things changes in complexity, as new commitment take the other half of me, those words of her becoming more and more clearer.

Again, was it reflecting something? I don't know but too bad i had to learned it the hard way. ~

Anyhow, i just received my confirmation letter last Thursday. " It was an early birthday present for you bro". My manager said.
Yea, welcome to an 'antisocial geek league' i presumed what he meant by that.

By completing another year of my lullaby circle and survived my 6 month strive probation period at the same time, the whole department thinks i deserved a big 'hand on the back'. So they decided to sing a 'Happy Birthday' song to me which i found it very ~ cliche

Of course i appreciated it. Very much indeed. Its just the fact that the time spin around like no body business makes me worry sick. Aaaaaa...

Also received a couple of wishes from friends, near and far and from enemies too. Weird??
Mua? Human can change right?

Later that day i called my father to present him the good news. Bla bla and bla..
"What? How long have you been working? 6 month already? How come it be so fast?" That was my father yelling/asking at me in disbelief. Then he added, " I must have missed a lot of things."

I agreed in silence. Perhaps we both do.

We don't talk a lot actually. Me and my father, we don't agree with a lot of things either. Its make us don't get along very well the past few years. Same goes to my mother and as long as i can remember i never sit with both of them together, talking.

I should have fixed it a long time ago. Huuu..

To sums things up, i'm really looking forward for Xmas Eve and Boxing Days cause i will be going back to my hometown. At last, i will have a couple of days away from my work. Thank god. Its really been a busy week for me as i spent almost 14 hours a day, working.
Last Friday, 18 hours. Well, Balen promised us a surprise this coming Monday as a reward or looks more like a bribe to me.

Aaaa cant wait to escape.

Dec 1, 2008

Ibu Kota Sesak

Untuk keluar bekerja di waktu perdana memang mencabar lebih-lebih bagi aku dan motosikal aku yang berusia setengah abad. Tambahan pula pejabat aku bertapak di tengah-tengah kota yang maha sibuk.

Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku keluar bekerja di siang hari. Jumaat lepas aku terpaksa, setelah semalaman pengkalan data di London diserang virus.

Aku tak faham bagaimana virus itu bekerja, bukan dalam jangkauan bidang aku juga aku tak ngerti kenapa orang cipta virus at the first place.

Soalan macam tu selalu berkisar dalam benak kepala aku.

Kenapa? Dalam kebanyakan artikel, kenapa orang besarkan atau highlightkan huruf pertama di permulaan perenggan? Apa logiknya?

Kenapa pemain bola sepak bawak pengiring kanak-kanak sebelum masuk padang? Apa simboliknya?

*termenung

Sambung ngomelan asal. Aku redah di celah-celah mekanikal bergerak yang masing-masing berlumba untuk ke destinasi. Semua nak cepat. Semua tak peduli. Termasuk aku.

Err, hampir saja merempuh sisi sebuah kereta dek kerana tidak menghiraukan lampu merah. Berenti. Tarik nafas panjang-panjang. Jalan.

Mana nak jumpa view macam ni? Kereta cium bontot kereta. Bas mini didominasi warga Bangla. Bunyi bising hon teksi. Apek tengah sibuk jual tiket loteri.

Karbon monoksida tak payah cakap la. Ia da cukup untuk menghilangkan bau perfume yang aku sembur cukup-cukup sebelum keluar tadi.

Dah cukup aku tabur dosa memaki hamun setiap bas yang lalu.

Aku tahu. Semua ada target sendiri. Ada kehendak yang perlu dipenuhi. Kan? Ada periuk untuk diisi. Ada lubang rezeki untuk digali.

Nasib baik aku kerja malam!!