Untuk keluar bekerja di waktu perdana memang mencabar lebih-lebih bagi aku dan motosikal aku yang berusia setengah abad. Tambahan pula pejabat aku bertapak di tengah-tengah kota yang maha sibuk.
Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku keluar bekerja di siang hari. Jumaat lepas aku terpaksa, setelah semalaman pengkalan data di London diserang virus.
Aku tak faham bagaimana virus itu bekerja, bukan dalam jangkauan bidang aku juga aku tak ngerti kenapa orang cipta virus at the first place.
Soalan macam tu selalu berkisar dalam benak kepala aku.
Kenapa? Dalam kebanyakan artikel, kenapa orang besarkan atau highlightkan huruf pertama di permulaan perenggan? Apa logiknya?
Kenapa pemain bola sepak bawak pengiring kanak-kanak sebelum masuk padang? Apa simboliknya?
*termenung
Sambung ngomelan asal. Aku redah di celah-celah mekanikal bergerak yang masing-masing berlumba untuk ke destinasi. Semua nak cepat. Semua tak peduli. Termasuk aku.
Err, hampir saja merempuh sisi sebuah kereta dek kerana tidak menghiraukan lampu merah. Berenti. Tarik nafas panjang-panjang. Jalan.
Mana nak jumpa view macam ni? Kereta cium bontot kereta. Bas mini didominasi warga Bangla. Bunyi bising hon teksi. Apek tengah sibuk jual tiket loteri.
Karbon monoksida tak payah cakap la. Ia da cukup untuk menghilangkan bau perfume yang aku sembur cukup-cukup sebelum keluar tadi.
Dah cukup aku tabur dosa memaki hamun setiap bas yang lalu.
Aku tahu. Semua ada target sendiri. Ada kehendak yang perlu dipenuhi. Kan? Ada periuk untuk diisi. Ada lubang rezeki untuk digali.
Nasib baik aku kerja malam!!
2 comments:
oit anda , macam kenal jek owner blog . hahahaha :D
ahaha..
kamo ke ituh..
Post a Comment