Jul 30, 2009

Worth while whale. Rhyme?


Santek!! Kudos buat Mike. :)

Jul 28, 2009

No Where To Be Seen

Aku suka definisikan "pemergian" ibarat hilangnya satu bata dari sebuah kota.

Hilangnya satu bata, bermakna kota itu harus dibina semula untuk melengkapkan bata yang masih ada. Kerana bata yang hilang itu tak dapat dicari ganti dan sama sekali tidak akan sama molekulnya.

Juga suka aku ingatkan diri aku walau kota baru dibina, jasa dan bakti serta keringat bata yang sama sama mengukuhkan kota terdahulu, masih sumur dalam setiap rangka.

Tinggalan bata yang ada perlu memakmurkan kota sedaya upaya supaya perjuangan serta amanat bata yang hilang tidak dipersia.



* Al - Fatihah buat Pakcik Abu Jalil. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman. Amin.

Jul 19, 2009

Pesimist Prime

Keta mahal, otak murah pun tak guna jugak!!!

Jul 10, 2009

WTF * Dah Pandai Pakai Shortform

Si adik "Adik" melangsungkan perkahwinan. Si ibu "Ibu" sibuk urus segala. Si kakak "Kakak" pulang dari jauh bersama suami "Menantu" dan dibenarkan majikan bercuti selama 2 minggu. Kebetulan menantu ada mensyuarat tergempar di kota raya, jadi pulang bercuti berbekalkan satu sut baju formal. Tiba aral, menantu diberitahu ada 2 menyuarat perlu dihadiri selang beberapa hari selepas mensyuarat pertama.


Menantu : Mana baju yang i pakai hari tu?

Kakak : Tanya mak.

Menantu : Mak, mana baju yang saya pakai hari tu?

Ibu : Dalam bakul baju kotor, tak basuh lagi.

Kakak : Kenapa mak tak basuh hah?!!

Jul 7, 2009

MIA

Situasi : Dalam chat room "sametime" di office.


Hailey : Weh, sapa nak call McD neh?!!

Aku : Ko la call.

Hailey : Aku tiada kredit la makhlok.

Aku : Soh captain.

Hailey : Captain MIA.

Aku : ........


* klik google.
* search MIA

Wikipidea.
MIA - often used for Missing in Action


Aku : Ouh... mana dia p?



Babi. Macam hensem je pakai MIA. Cakap je la die tak de. (dengki)
Macam mana aku tak pernah tau benda ni? Buta teknologi.


nota kaki : baru tahun lepas aku tau no plat teksi adalah H.

Jul 6, 2009

Lupa Lagi Beli Tali Gitar

Demmit. Sudah sakit di sekian rangka. Kantuk dari tilam tadi pon belum habis. Tula. Orang nak jumping smashed ko pon nak jugak terkial melompat. Sedar la perut kamu tu dah buncit. Belakang aku dah sebulan lebih sakit, makin hari makin ngilu. Ala, kepingin nak berurut la tuh. Huh.

But, some things are best left of what it is. Ada benda dibiarkan semakin parah semakin baik.


*Bomoh Jowok kuat weh.