Jul 28, 2009

No Where To Be Seen

Aku suka definisikan "pemergian" ibarat hilangnya satu bata dari sebuah kota.

Hilangnya satu bata, bermakna kota itu harus dibina semula untuk melengkapkan bata yang masih ada. Kerana bata yang hilang itu tak dapat dicari ganti dan sama sekali tidak akan sama molekulnya.

Juga suka aku ingatkan diri aku walau kota baru dibina, jasa dan bakti serta keringat bata yang sama sama mengukuhkan kota terdahulu, masih sumur dalam setiap rangka.

Tinggalan bata yang ada perlu memakmurkan kota sedaya upaya supaya perjuangan serta amanat bata yang hilang tidak dipersia.



* Al - Fatihah buat Pakcik Abu Jalil. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman. Amin.