May 19, 2009

If You See The Wonder

Mayday mayday..

Sebenarnya aku terlewat hadir sesi interview hari nih. Bodo. Tula orang suruh tidur awal. Ni tak, gagahkan diri nak main Xbox. Demmit!! " we have to reschedule back", itu kata diorang but what i think they really meant is we have to reschedule back (if we still interested)". Ish ish, jangan fikir bukan-bukan. Lempar thought tu jaoh-jaoh.

Nah,.. here i am sangkut kat Damansara tunggu Mr Azmir habis kerja. Sementara menunggu, aku sempat lagi kot membeli-belah dekat OU. Sumpah la,.. setan nih memang terer nak mampus. Haram jadah punya Pull and Bear.

Ingat balik borak kosong aku dengan Mr Azmir 2 hari lepas,..
" kan best kalau dari kecik-kecik dulu kita jadi skema? banyak faedah weh."
" tu la tu,.. betul jugak cakap hang. Sahih aku dah kaya la ni."

Tak hisap rokok. Bukan kutu lepak. Dressing pun main redah. Duk rumah masak nasi, sapu sampah, baca buku, tengok TV, tido awal, bangun awal. Bukan takat mak ayah, tok imam kampung pun sayang.

Haih..

Tula. Kecik-kecik nakal, buas. Orang nak rock, kita pun nak rock. "Tak ganas la tak hisap rokok". Ambik. Melekat sampai tua. Harga rokok bukan makin turun dik. Benda-benda lain pon nak try hisap jugak.

Kan best kalau skema!!!

Orang nak bergaya, kita pon ikut serta. Intrend la konon. Up to date. Grunge la, metal la, hip hop la, mat skate la, err mat rempit tak masuk list okay. Tu masa sekolah. La ni habaq hang, dah berjinak dengan Topman la, SEED la, GUESS la...makan ratus tu. Pastu nak gebang, support industri tempatan (music la selalu dalam topic). Usha sikit badan ko tu. Ada barang Malaysia ke?

Herm,...jap aku check.
Baju Seed.
Seluar Zara.
Jam Espirit.
Kasut Chuck Taylor.
Stokin Nike.

Apa ni?

Sorry. Beremosi pulak. Balik topik asal.

Kalau skema, ma dengan pa pon sayang. Sekarang pon sayang jugak tap at least mereka-mereka senang hati even though we're not around. Tak penat nak pikir apa la masalah yang tak mustahil anak beliau melibatkan diri. Sian abah. Pening dia.

Nak jadi skema lah!!


Nota kaki : Entri ni patut aku dah post Rabu lepas. Ada aral datang melintang. Herm..

May 13, 2009

What Am I Doing? Drafting?!!

Age is catching up.
Friends are getting lesser and lesser.

Some are moving on or out or off, whatever,..
Some are getting married. Some are married. Some (in a small portion) RIP.
Gosh, did i just mutually equaled marriage with decease status?
Guess i just did huh,..

Aiyya,.had to loosen up a bit,
Should alter my perception.

See ya.

May 11, 2009

Another Waste of Everything You Dream Of

Haih....
Mak aku cakap tak baik mengeluh. Tampak seperti berputus asa dan pasrah.

Pasrah itu bagus, bermakna kita meredhakan ketentuanNya. Tapi tak enak jikalau tanpa dorongan usaha.

Usaha membuta tuli pon tak menjamin apa-apa. Perlu ada perancangan, perlu ada pelan.

Namun hati-hati bila buat perancangan, di kanan wajib ada panduan, dikiri harus ada sokongan, bentangkan peta disulam dengan pemerhatian.

Walhal panduan dan sokongan tak cukup jika tiada akar pegangan yang teguh, tiada cabang keazaman yang tinggi.

Makin menjadi bila ditambah dengan kesuburan moral dan rasa tanggungjawab sosial.

Kikis rasa bangga,
Tanam benih hamba,

Buang rasa takbur,
Lempar rasa kufur,..

:) smell u later

Apr 11, 2009

A Taste of My Own Medicine

Geesh, its almost half of the year already. Work still sucks, no offense, and according to my calculation, i would still be a super geek antisocial jokers in the next few years.

Mau tak, aku tak tahu la kenapa handset aku selalu tak melekat kat tangan. Kredit RM 10 boleh tahan 2 minggu. Kebetulan pulak, dalam rumah aku, makhluk kuning tu (Digi) memang tak masuk.

Abah dah mula bising, call asyik tak dapat, tak angkat, kalau kat tempat kerja aku memang bolayan pangilan telefon (betul ka eja macam ni?).

Abah dah syak aku tukar nombor tak bagitahu dia. Pelik-pelik la instic orang tua ni.
Alasan aku?
Kat rumah tak ada coverage la bah..

Abah aku:
Seputeh tu bukan kat tengah-tengah KL ka? Macam mana boleh tak dak coverage?

Memang aku tak boleh nak jawab. Telan saja la. Nanti saya pakai Celcom ya bah?

Tadi pun sahabat yang paling aku rindu, ada hantar SMS. Maaf la, selepas 3 jam baru aku baca sebab handphone memang kat dalam bilik dari petang tadi. :(


Ish, last few weeks i've been having a series of unfortunate event. (Alasan kat boss datang kerja lambat).
Boleh pakai tak?

Selasa lepas kot housemate aku pergi kerja tak tinggal kunci rumah. Boleh terima tak aku kena kurung kat dalam rumah sendiri? Aku call boss bagitau aku halfday atas alasan diatas.

Ini reaksi boss dan collegue aku bila aku masuk ofis 4 jam kemudian. (sambil ketawa sinis)

Mat, can't you figure any other excuses rather then that? Is that all you got? Entah-entah ko pergi dating kat Midvalley kot..

Nak jawab kah? Baik tak payah.
Telan sudah.

Mar 31, 2009

Call Me Hyper Hectic Talisman

CERCA

KALUT

KERING

KONTANG

RIMAS

LEMAS

SEMAK

BINGIT

DURJA

HAMPA


Pakej lengkap kot..

Pakai topeng senyum sudah, letak gam UHU kat lesung pipit, bangun, mara. :)