Jan 26, 2009

Bukan Salah Rihanna

Aku letih sangat ari ni. Sejak Jumaat aku dah tunggang terbalik. Tak mandi 2 hari, ulang alik kesana kemari mengalahkan Bas Rapid.

Sabtu :
Puduraya (ambik Sham) - Jln Klang Lama (rumah lama) - Puduraya (anta Ateh) - Jln Klang Lama - Damansara (IKEA) - Jalan Klang Lama - Hartamas (jumpa AL) - Seputeh (rumah baru) - Jalan Klang Lama.

Ahad :
Seputeh - Subang (MYDIN) - Jalan Klang Lama - Seputeh - Jalan Klang Lama - Bandar Sunway (jumpa AL) - JalanKlang Lama.

Isnin :
Seputeh - KL Central (salah jalan) - Seputeh - Kota Damansara (ambik wireman) - Seputeh - Kota Damansara (hantaq wireman) - Jalan Klang Lama - Puduraya (kerja).

Lupa nak habaq, aku baru pindah rumah tu yang kalut sikit. Macam2 tak cukup, serba serbi masalah.

Penat.

Lari tajuk.

Dalam penat2 tu aku ada terbaca satu artikel dalam The Star tentang Konsert Rihanna (tak tau bila) yang kononnya mengikut dakwaan pihak yang aku tak nak sebutkan disini, tak sesuai diadakan di Malaysia.

Juga pihak ini meminta kerajaan untuk membatalkan pengajuran konsert sebab takut anak-anak Malaysia khususnya yang beragama Islam, terpengaruh dengan budaya barat.

Cliche kan? Atau old sentiment kot? Ntah la.

I'm a proud Muslim. Not that i am a big fan of Rihanna nor planning to attend her concert but i kind of find the statement not 100% true.

Buat apa nak risaukan Rihanna? Aku rasa yang datang tengok konsert nanti lagi seksi maut dari Rihanna, meliuk lentok kat depan stage, lalok tak hengat dunia pon ada.

Konsert Pussycat Dolls (PD) last time, diorang lak yang pakai lagi sopan daripada crowd. Masa tu heboh, kalau PD nak adakan jugak konsert kat sini, harus berpakaian sopan sesuai dengan budaya melayu.

Yang sopannya PD aja.
Yang crowdnya?
Boleh berdarah hidung aku lepak kat tengah2 tuh.

Gwen pon pakai kemeja abang dia kot masa datang sini.

Memang betul, benda seperti itu boleh melalaikan. Memang aku tak nafikan. Tapi pendekatan tu aku rasa kurang betul dan terlalu ekstrimis. Remaja tak boleh dipaksa macam lembu.

Ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.

Kalau sekat konsert terbabit pon, Malam Merdeka masih lagi kelihatan anak2 ini berkemban sepanjang jalan, bergaya model Victoria Secret waktu malam New Year. Sama saja.

Tu bukan budaya Malaysia kan?
Ke dah jadi budaya Malaysia sekarang?

Jan 23, 2009

Louis Amstrong Laddies and Gentlemen

I see trees are green

Red rosses too

I see they bloom for me and you

And i think to myself

What a wonderfull world

Jan 22, 2009

Man vs Woman Process Flow


No Offense.. cheers..hehe

Jan 17, 2009

Rantai Suwey

Haram. Betul la cakap cikgu Ong (Cikgu Biologi masa aku Form 5), kita hidup dalam kitaran biologi dan bermacam macam rantaian yang membuatkan semua benda kat dunia ni memerlukan satu sama lain. Kan cikgu Ong kan?

One thing led to another. What actually happen given what condition with every factors would be very effective although in a very small portion.

Apa daa.

Tapi betul beb. Semua benda memang berkait, berantai. Ala macam rantai makanan tu. Kalau permulaan hari dah suwey, sumbang, sial sampai habis hari la ko tetap dengan suwey, sumbang dan sial ko.

Kadang2 boleh membawak sampai seminggu. Bergantung.

Lagi liat rantai hidup ko lagi lame la kot.

Kat situ la kita boleh test iman. Samada kita patuh pada kehendakNya dan berusaha mengelakkan musibah yang lebih haru biru atau mencarut caci segala penyebab kekalutan.

Aku? Tak sempurna mana.
Selalu menidak takdir.
"Kan bagus kalau aku tak pernah jumpa dia"
"Kalau aku masuk kiri mesti tak jadi macam ni"

KALAU

Oh kat sini jugak la the Laws of Biology, applies. Ingat kata cikgu Ong, benda hidup bergantung diantara satu sama lain.

Jan 8, 2009

Harap Tok Wan Tak Murka

Tengah syok godek2 internet, terserempak lak dengan gambar warga emas ni. Datuk sape ntah.


Aku cube nak interpret ape la yang tok wan ni cuba buktikan. (*tok wan - kata panggilan untuk datuk : Kamus Bahasa Utara). Mungkin die bekas Ultraman tahun 50-an. Skang dah bersara dah. Tak pun dia seorang ahli RakanCop. Tapi, macam Hang Kebun pon ade.
*
*
*
Sape2 ade kenal die tak?

Jan 2, 2009

Ikan Star Wars


Galaksi: Bintang Pet Shop, Midvalleytica

Nasib baik aku tak kuar kan Light Saber aku. Kalo tak indentiti aku dah terdedah. Mesti kena marah ngan Obi Wan Kenobi.

Jan 1, 2009

Futurama

My first entry of the year. New book, new chapter, again, resolutions? Nah, i don't think so but I'm glad I'm here to witness and get through the last 365 days. Oh with half of it, hibernated.

While I'm still dwelling between hard work and beginners luck , 2008 has done its 'touchdown' ladies and gentlemen and yet the world is still crowded with ignorant people. Nothing changed. Poverty, hunger, disease, war, scandals, bribery, fraud, name it.

I'm not being prejudice or trying to be some sort of saint or the voices of rebellions or whatever, not at all. Okay, yes, there have been changes. Sky scrapper getting taller and taller, Hollywood becoming extremely exclusive and out of reach, ozone are thickening and uh is there's an alien discovered on Mars?

Am being too harsh isn't it? No?

Let see, a political fireworks and a massive economic big bang would suited the year 2008 definitions.


Happy New Year

* By the way, doesn't we suppose to be hovering around with flying cars wearing futuristic clothes and accompanied by a robotic maid? Not yet? Uh, okay then. I'm not far behind.