Jun 30, 2009

Megan Fox Tu Bukannya HOT Sangat Pun


Nat Lily yang comel, apsal post gambaq Takuya Kimura kat FB pastu Tagged aku hah?

Jun 29, 2009

Kantok Hari Isnin

Asal Isnin datang, selsema pun datang, batuk pon singgah, sakit kepala tumpang bonceng. Serba serbi tak kena. Penghawa dingin di kantor sejuk amat sampai beku bijih dalam hidung. Cuaca pon agak kelam kabut dengan angin dan hujan tak tentu pasal.

Lfi ada 5, macam ada 1, lembab macam haram jadah. Nescafe o ais kat cafe, dalam banyak-banyak hari, hari Isnin jugak la dia nak rasa payau. Banyak-banyak hari, Isnin jugak la karipap sardin habis tinggal karipap inti kelapa.

Suka la kau.
Suka kan tengok aku merungut?
Walaupon tak suka kau, tapi kena redah jugak kalau nanti tak ketemu la Jumaat.

Jun 23, 2009

Aku dan Month End

Hari ni aku dalam keadaan mood swing. Jangan siapa-siapa sentuh. :)

Its the last week of the month also the last week of the quarter, kerja aku berkepul macam asap bas Rapid. Semak dan menyesakkan. Dan masa ni jugak, dalam team aku ada yang nak kawin la, gastrik la, tangan terseliuh main badminton la, so headcount adalah gila babih rendah.

Sorang perlu buat lebih banyak kerja adalah maksud yang bersesuaian.

Sejak telefon bimbit aku patah dua, aku skang guna enpon kawan aku yang sudah hampir sepuluh tahun usia, selalu saja kematian bateri walaupun dah cas sehari suntuk. Skang aku tengah berkabung.

Badan ada sedikit cacat fungsi. Hidung asek berair dari tadi. Tulang belakang ni macam dah kena tumbuk dengan poster Muhammad Ali kat rumah aku tuh. Sengal ubi orang panggil.


Macam biasa, aku tetap tabah. :)
Aku perlu hidup demi satu tujuan..


Yeepppppaaa..
Lagi 2 minggu, i'm off to Kuching!!!!
Counting the days...

:)

Jun 12, 2009

SNAP-SNAP BLING-BLING

Its pretty amazing how time and space work.
You'll see, with out you knowing it or really have a grip on everything that would certainly wont quit spinning as they are around you, its SNAP!!!

I would rather say it more like a spell. Its struck through your forehead on January, roll inside, turn things upside down and inside out without making a mess,... or ..not the the kind of mess that you would realize actually..

And the next thing you know you probably seeing your hands wrapping up the last ditch of your calendar and maybe get yourself ready to yell like everyone else around the globe or stand still, amaze with all the fireworks your government have to offer.

Quantum physic? Anyone?

May 19, 2009

If You See The Wonder

Mayday mayday..

Sebenarnya aku terlewat hadir sesi interview hari nih. Bodo. Tula orang suruh tidur awal. Ni tak, gagahkan diri nak main Xbox. Demmit!! " we have to reschedule back", itu kata diorang but what i think they really meant is we have to reschedule back (if we still interested)". Ish ish, jangan fikir bukan-bukan. Lempar thought tu jaoh-jaoh.

Nah,.. here i am sangkut kat Damansara tunggu Mr Azmir habis kerja. Sementara menunggu, aku sempat lagi kot membeli-belah dekat OU. Sumpah la,.. setan nih memang terer nak mampus. Haram jadah punya Pull and Bear.

Ingat balik borak kosong aku dengan Mr Azmir 2 hari lepas,..
" kan best kalau dari kecik-kecik dulu kita jadi skema? banyak faedah weh."
" tu la tu,.. betul jugak cakap hang. Sahih aku dah kaya la ni."

Tak hisap rokok. Bukan kutu lepak. Dressing pun main redah. Duk rumah masak nasi, sapu sampah, baca buku, tengok TV, tido awal, bangun awal. Bukan takat mak ayah, tok imam kampung pun sayang.

Haih..

Tula. Kecik-kecik nakal, buas. Orang nak rock, kita pun nak rock. "Tak ganas la tak hisap rokok". Ambik. Melekat sampai tua. Harga rokok bukan makin turun dik. Benda-benda lain pon nak try hisap jugak.

Kan best kalau skema!!!

Orang nak bergaya, kita pon ikut serta. Intrend la konon. Up to date. Grunge la, metal la, hip hop la, mat skate la, err mat rempit tak masuk list okay. Tu masa sekolah. La ni habaq hang, dah berjinak dengan Topman la, SEED la, GUESS la...makan ratus tu. Pastu nak gebang, support industri tempatan (music la selalu dalam topic). Usha sikit badan ko tu. Ada barang Malaysia ke?

Herm,...jap aku check.
Baju Seed.
Seluar Zara.
Jam Espirit.
Kasut Chuck Taylor.
Stokin Nike.

Apa ni?

Sorry. Beremosi pulak. Balik topik asal.

Kalau skema, ma dengan pa pon sayang. Sekarang pon sayang jugak tap at least mereka-mereka senang hati even though we're not around. Tak penat nak pikir apa la masalah yang tak mustahil anak beliau melibatkan diri. Sian abah. Pening dia.

Nak jadi skema lah!!


Nota kaki : Entri ni patut aku dah post Rabu lepas. Ada aral datang melintang. Herm..